Tuesday, January 14, 2014

#13 DIY Router Cooling

I guess I spoke too soon.  In a previous post, I mothballed Projek Integrasi because I bought a new ADSL modem router. I soon saw a problem.  I often lost internet connection, and it seems that the new device is overheating.  As an ad-hoc solution, I came up with this.



Yes, a 12V DC fan powered from a switching AC to DC wall wart.  It is not immediately evident from the picture, but I raised the device from the table surface by wooden blocks underneath it.  The device itself has no vents on the top surface, only at the bottom.

With this solution, I still have intermittent disconnections.  The position of the fan seems critical, too far away and the wind won't be sufficient to cool it down.  At full speed, the fan is easily toppled over, and this happens often because my son sits next to this setup when he is playing games on his laptop.  A better solution is needed.


The Plan

Searching Google images for "diy router cooling" reveals many prior art.  It looks like bottom cooling is best since the vents are at the bottom.  The only thing is that I need some bottom clearance between the fan and the table surface for enough air volume to push upwards. Also, I needed something fast and furious, so I decided to use just wood and screws and nothing fancy.  


The Build

I started with the corner blocks to mount the fan.  I used a miter saw at 90 and 45 degree settings to cut these, using a mark on the miter saw fence to help me cut same sized pieces.



Next, using a square, I marked a line for the mounting hole. 


I then positioned the fan on the corner block, taking precautions to not introduce any blockages in the airflow.  I used a 1 1/2" screw to mark the mounting hole location on the wooden block, and using this as reference, marked the remaining three corner blocks.  I used a punch to dimple the wood before drilling a mounting hole on each corner block.

Then I cut the stands.  I didn't take any exact measurements, I just eyeballed it.  Again, I used a reference mark on the miter saw fence to cut consistent lengths.




The next step is just to glue the corner blocks to the stands.


Then, just mount the fan, being careful to take note the direction of the airflow.


Right side up.


And put the new but dusty router on top.


My son is happy now.


If I had wanted to be fancy, I could
   1.  Paint the thing matt black
   2.  Put rubber feet etc for vibration isolation
   3.  Put a speed controller
   4.  Put bling-bling LEDs
   5.  etc, etc
but I just wanted something fast and furious.  All this took under an hour to do.

And that's it for today.  A fast and easy one.






#12. Projek Washer Platform

Dalam projek ini saya membuat platform untuk mesin basuh.

Penyataan Masaalah (Problem Statement)

Mesin basuh saya diletakkan di luar rumah.  Lantainya tidak rata, dan malangnya mesin basuh saya tidak mempunyai kaki yang boleh meratakan kedudukannya.  Akibatnya, ia senget sedikit, dan membuat bunyi yang bising dalam kitaran bilas.  Maka saya ingin membuat platform yang mempunyai kaki yang boleh dilaras, supaya apabila diletak di atas platform ini, mesih basuh akan berada di permukaan yang rata.

Bahan

Plywood setebal 9mm (3-ply) - kos RM45 untuk saiz 3' x 6'
Kayu keratan rentas 45mm x 20mm - kos RM0.60 sekaki
Set nut & kaki boleh laras - kos RM3.60 satu set


Pembuatan

Ini dia set nut & kaki




Sebelum buat apa-apa, saya cuba dulu cara untuk pasang kaki meja ini kerana tidak pernah buat.  Saya cuba dengan kayu terbuang.  Mula-mula, ukur nut untuk mengetahui garispusat lubang yang perlu digerudi.  Kemudian, pergi beli bit gerudi jenis "penyodok" (spade - LOL) atau "forstner".  Saya beli yang ini.


Kemudian saya cuba gerudi pada kayu terbuang.  Kedalaman lubang perlu menyamai bahagian kaki yang berskru.

 

Setelah lubang siap saya ketukkan nut masuk ke dalam kayu.  Mula-mula sedikit saja, untuk tengok kesannya.



Kemudian saya ketuk nut ke dalam kayu sepenuhnya, dan pasang kakinya.



Nampaknya semuanya berjaya, sekarang masanya untuk membuat yang betul.  Saya mulakan dengan memotong plywood (maaf tak ada gambar).  Kemudian saya potong blok kayu untuk kakinya.



Saya tandakan penjuru ke penjuru untuk mencari titik tengah.  Kemudian saya cucuk dengan punch untuk membuat lubang kecil supaya mata bit gerudi tidak bergerak nanti tatkala digerudi.


Ini blok kayu setelah digerudi menggunakan bit penyodok tadi.  Saya gerudi sampai tembus.


Ini selepas diketuk nut sepenuhnya ke dalam blok kayu.


Saya cuba lagi pasang kakinya.  OK tiada masalah.


Sekarang blok kayu perlu dipasang kepada plywood.  Saya guna empat skru untuk menyambungkannya.  Saya menggerudi lubang pemandu (pilot hole - LOL!) supaya kayu tidak pecah.  Mula-mula saya lakarkan outline blok kayu pada plywood.  Kemudian saya tandakan lokasi skru.  Kemudian saya cucuk lubang menggunakan punch.





Kemudian saya posisikan blok kayu ke plywood, dan kepilkan bersama menggunakan pengapit (clamp).  Barulah saya gerudi lubang pemandu menerusi plywood, dan sebahagian daripada blok kayu kaki tadi.  Kemudian saya skrukan terus sebelum gerudi & skru lubang berikutnya.


Ini satu blok kayu kaki sudah siap dipasang pada plywood.


Saya ulangi untuk blok kaki yang lain.  Ini platform yang sudah siap.


Hmmm.... Saya kurang puashati kerana nampaknya plywood ini tidak cukup kuat.  Bila ditekan bahagian tengah platform ini, plywoodnya melendut (flex).  Mampukah platform ini membawa beban mesin basuh dengan muatan kain and air basuhan sekali?  Hanya satu cara untuk menentukan, saya perlu cuba dulu.

Pemasangan

Saya cuba letakkan platform di tempatnya.  Saya cuba laraskan permukaan platform supaya rata menggunakan dua perata gelembung (bubble level - LOL!)  untuk paksi x & y, dan satu perata gelembung mata kerbau  (bull's eye level - LOL!) di bahagian tengah.



 Di sini timbul dua masaalah besar.

1.  Platform terlalu lebar.  Akibatnya, walaupun kaki boleh dilaras, namun di sebelah kiri tidak cukup tinggi untuk meratakan platform ini sepenuhnya.  Kaki hampir keluar dari nut, tidak cukup ketinggiannya. Gambarajah yang dilampaukan (exaggerated) di bawah menunjukkan kesan masalah ini.



2.  Juga disebabkan platform terlalu lebar, lubang tempat air keluar hanya muat-muat sahaja ditepi platform, dan tidak ada ruang untuk menganjak kedudukan platform lagi.

Percubaan seterusnya ialah membasuh kain dalam keadaan platform masih senget.  Kelihatan badan mesih basuh bergerak-gerak dengan hebat kerana plywood lendut yang tidak kukuh.  Bunyinya masih bising ketika kitaran bilas.

Kesimpulannya - KEGAGALAN EPIK !  (epic fail!)


Pelan Versi 2

Untuk versi kedua, saya membuat perubahan berikut

1.  Saiz platform cukup-cukup sahaja.  Saya ukur jarak di antara kaki mesin basuh, dan tambah sedikit margin.

2.  Saya kuatkan struktur keseluruhan platform dengan menambah rangka sokongan di bawah plywood


Pembuatan Versi 2

Saya potong plywood mengikut saiz yang lebih kecil


Saya buat rangka sokongan dengan brace penjuru.


Rangka sokongan ini kecil sedikit (2-3 mm setiap sisi) daripada plywood yang dipotong tadi, supaya saya boleh trimkan kemudian dengan menggunakan router.  Saya cuba uji kelendutan struktur ini, nampaknya tidak melendut langsung.


Rangka sokongan ini digamkan kepada plywood tadi menggunakan gam kayu, dan dikepilkan semalaman sebelum diskrukan bersama.



Kemudian, plywood berlebihan ditrim menggunakan router, supaya searas  (flush) dengan rangka sokongan. Ini diikuti dengan pemasiran (sanding - LOL!), supaya kayu rasa halus.  Saya lihat ada sedikit lubang pada plywood, dan sedikit jurang (gap) pada beberapa bahagian di antara rangka dan plywood, saya gunakan penampal kayu (wood filler) untuk menampal semua ini.  Seterusnya diikuti dengan pemasiran sekali lagi.


Seterusnya, pemasangan kaki, samalah seperti dahulu.  (maaf tiada gambar)

Selepas itu, proses mengecat.  Saya gunakan speed undercoat, kemudian sedikit sanding, diikuti dengan warna akhir, kelabu muda.  Cat ini sudah lama saya beli, ia sebenarnya cat dinding luaran.


Inilah hasilnya selepas dicat.  Kelihatan seperti sekeping plywood tebal dan nampak cantik, boleh tahan juga. (maaf, angkat bakul)





Pemasangan 2

Proses meratakan platform berjaya!  Gelembung pada perata mata kerbau berada tepat ditengah-tengah!




Ujian membasuh kain juga berjaya!  Bunyi bising sudah tiada!


Kesimpulan

1.  Projek gagal epik bertukar jaya
2.  Hasil buatan boleh tahan, sama warna dengan mesin basuh secara kebetulan
3.  Rekabentuk perlu berhati-hati mengambil semua faktor


Istilah nak tergelak kali ini  

bit gerudi penyodok  -  spade drill bit
lubang pemandu       -   pilot hole  (takkan pulak lubang juruterbang??)
perata gelembung      -  bubble level
perata mata kerbau   -   bull's eye bubble level  (mmm rasa lapar pulak)
pemasiran                 -   sanding

Sekian sahaja, saya tutup Projek Washer Platform.


Monday, January 13, 2014

#11 Projek Meja : Table base reinforcement and installation

From the last post, I proceeded to brace the table frame by adding corner braces to the apron, and also cross members to allow fixing the table top later (by screwing from below).

First, cut wood.  Four corner braces, and two cross members.



Then to install them on the table frame.  Here's a zoomed in pic on one of the corner brace.  The braces are screwed to the apron from the outside as shown by four screws for each corner brace.


Lastly to install the cross members.  These are also screwed to the apron from the outside.


Frame completed!  The client said no need to finish it with painting, etc. so I stopped work at this point.

For installation, the table was dismantled for transport.  In this dismantled state, I took the opportunity to route a bevel on the lower cross brace, so that folks resting their foot on it (they will be barefooted in the client's office) would not feel any sharp corners.  Transporting the parts in my car was uneventful, and so was the reassembly at the client's site.

The last step was of course to fix the table top to the frame.  Here I found out the the table top was super heavy.  The table top was laid down on the floor, and the frame was turned upside down resting on it, centered, and screwed to the table top.  The completed table then turned right side up and "tested".

End result - a functional table for meetings.  The table was a bit wobbly though, especially along the long side of the table.  In retrospect, I would have added additional corner braces along the long side to reduce this wobbliness.

Unfortunately I did not take the final pic to show, maybe I'll add it later if I can.

In summary:
1.  Functional and stable table
2.  Table legs maybe could be thicker
3.  Corner bracing must consider long side too.  best if all sides
4.  Client satisfied.  After several meetings at the table, nobody noticed the raw finish and the wobbliness.

This concludes Projek Meja.






Sunday, December 29, 2013

#10 Projek Meja: Asas meja

Saya mulakan projek baru untuk seorang client penting.  Projek ini ialah pembuatan kaki meja.  Client sudah ada permukaan meja yang dikitar semula dari tempat pembuangan, masih elok, namun kakinya sudah rosak and tidak boleh digunakan.  Maka, perlu dibuat kakinya dan disambung kepada permukaan meja.

Saiz permukaan meja adalah 1800mm x740mm x 25mm.


Berikut bahan2 yang akan digunakan
     Kayu berkeratan rentas 20mm x 45mm - 8 kaki x 6 batang
     Kayu berkeratan rentas 10mm x 45mm. - 8 kaki x 2 batang
     Skru philips countersunk head 1", 1.5" dan 1.75"

Harga bahan semua RM82.

Berikut adalah alat2 yang akan digunakan.
     Mitre saw
     Drill
     Pita pengukur
     Siku-siku
     Clamp
     Marking pen

Kayu yang sudah diketam.  Masih boleh dilicinkan dengan kertas pasir atau mesin sander jika perlu.  Saya beli lebih sedikit untuk marjin rekabentuk, takut jika tersilap buat.

Ini hardware yang diguna.  Tiada paku.  Semua skru.  Untuk lebih kuat, juga guna L-bracket.

Kayu setelah dipotong dan disusun mengikut bahagian.  Dua bahagian tepi akan disambung dahulu.  Kemudian, dua bahagian tepi yang sudah siap akan disambung menggunakan tiga kayu lagi.

Sudah siap disambung.  Boleh tahan juga.  Ada sedikit goyang, ini boleh dikurangkan dengan "corner braces" di setiap penjuru.  Saya fikir tidak perlu, kerana goyang mungkin hilang bila disambung pada permukaan meja.

Tugas seterusnya:

1.  Saya masih perlu potong kayu untuk tiga kayu melintang, ini akan digunakan untuk tempat skru ke permukaan meja nanti.  Ini juga akan menguatkan meja ini lagi.

2.  Saya juga perlu "route" kayu panjang di bahagian bawah, supaya ada sedikit "bevel".  Sudah tentu kayu ini nanti tempat persinggahan kaki-kaki orang yang duduk di meja ini.  Dalam percubaan tadi saya rasa kayu itu sedikit tajam.

3.  Finishing - masih belum membuat keputusan.  Mungkin cat kilat, atau mungkin shellac.

4.  Lapik felt untuk kaki meja supaya lantai tidak calar.

5.  Installation di tempat client.

OK itu sahaja untuk kali ini.

Saturday, December 28, 2013

#9 Projek Integrasi : Final Entry - Mothballed

After some effort in building, the ultimate end was: my ADSL modem went kaput.  So I had to buy a new one, and I decided to get a modem+router in one.  Therefore, this project is no longer required.

FINAL STATUS:  MOTHBALLED

Sunday, May 12, 2013

#8 Projek Integrasi - pembinaan, bhg 1.


Hari ini hari yang produktif untuk Projek Integrasi.  Pembinaan projek telah bermula setelah siap litarajah terakhir and persiapan bahan dan alatan yang diperlukan.  Pertamanya, bahan yang akan digunapakai - kotak terbuang.  Ini mangsanya.

Ukuran-ukuran telah dibuat, mengambilkira saiz kipas, modem dan wifi router, dan juga pendawaian yang diperlukan.  Rekacipta kotak secara ringkasnya ada 4 bahagian - bahagian depan untuk kipas.  Di belakang kipas, terdapat ruang tiga tingkat.  Tingkat pertama untuk pembekal kuasa SMPS, suis, fius, LED, perintang dan segala macam pendawaian.  Tingkat kedua untuk modem dan tingka ketiga untuk wifi router.  Bahagian belakang masih perlu difikirkan sama ada akan ditutup, atau dibiarkan terbuka untuk tempat angin keluar.  Kotak yang dimangsakan dipotong dan dibentang, dan pelan kotak dilukis kemudian potongan dibuat.  Tiba masa untuk melipat kotak, saya pinjam pemotong pizza untuk menekan garisan lipatan supaya lipatan yang kemas dapat dibuat.  Memang berkesan!
pemotong pizza untuk garis lipat
Selepas semuanya dilipat elok, klip kertas digunakan sementara proses pembinaan berjalan.  Tempat kipas ditanda, dan titik tengah dicari dengan cara garisan pepenjuru.

lipatan yang elok.. lekatkan dulu dgn klip kertas

cari titik tengah, lukis bulatan kipas

lubang untuk kipas dah siap potong

guna template untuk potong lubang suis, dan pasang suis

kiri- tempat masuk wayar AC, fius dan tempat masuk kable LAN & dsl

dari luar - soket fius dan lubang kabel LAN & DSL
lug kabel untuk semua suis.  wayar didedah sekitar 6mm

oop.. terpanjang sikit kena potong lagi

lug kabel untuk sambungan pembekal SMPS.  Kabel di "crimp" dengan alat cable crimper.  Sambungannya kuat, tidak perlu pateri lagi

pendawaian siap.  Dawai N ke terminal N SMPS, juga ke terminal lampu neon pada suis AC.  Dawai bumi (hijau) ke terminal bumi SMPS .  Dawai hidup ke fius, kemudia ke suis AC, kemudian baru ke terminal L SMPS.   Ujikaji kipas secara terus
tunggu... pasang fius dulu
Selepas ini, saya jalankan ujian sambungan dahulu.  
1)  ujian sambungan (continuity test) dari palam AC ke terminal dalam kotak - L ke L, N ke N, E ke E, dan seterusnya.  Pastikan rintangan kurang dari 1 ohm 
2)  ujian litar pintas - pastikan tiada litar pintas, atau rintangan dalam julat megaohm untuk semua terminal-terminal L-N, L-E, N-E, juga untuk +12V ke 0V pada SMPS.
3)  ujian suis - suis terbuka rintangan dalam julat megaohm, suis terpasang rintangan <1 ohm.
Setelah berpuas hati semuanya baik barulah saya sambungkan kuasa AC dan pasangkan suisnya.

YA!  BERJAYA!  Voltan SMPS 12.08V, kipas kelajuan tinggi, angin kuat

lampu pada suis AC juga berfungsi

Saya berhenti dulu di sini.  Posting akan datang saya akan tunjukkan pembinaan panel LED, sinki haba untuk perintang kipas, dan pendawaian seterusnya.