Hari ini hari yang produktif untuk Projek Integrasi. Pembinaan projek telah bermula setelah siap litarajah terakhir and persiapan bahan dan alatan yang diperlukan. Pertamanya, bahan yang akan digunapakai - kotak terbuang. Ini mangsanya.
Ukuran-ukuran telah dibuat, mengambilkira saiz kipas, modem dan wifi router, dan juga pendawaian yang diperlukan. Rekacipta kotak secara ringkasnya ada 4 bahagian - bahagian depan untuk kipas. Di belakang kipas, terdapat ruang tiga tingkat. Tingkat pertama untuk pembekal kuasa SMPS, suis, fius, LED, perintang dan segala macam pendawaian. Tingkat kedua untuk modem dan tingka ketiga untuk wifi router. Bahagian belakang masih perlu difikirkan sama ada akan ditutup, atau dibiarkan terbuka untuk tempat angin keluar. Kotak yang dimangsakan dipotong dan dibentang, dan pelan kotak dilukis kemudian potongan dibuat. Tiba masa untuk melipat kotak, saya pinjam pemotong pizza untuk menekan garisan lipatan supaya lipatan yang kemas dapat dibuat. Memang berkesan!
|
pemotong pizza untuk garis lipat |
Selepas semuanya dilipat elok, klip kertas digunakan sementara proses pembinaan berjalan. Tempat kipas ditanda, dan titik tengah dicari dengan cara garisan pepenjuru.
|
lipatan yang elok.. lekatkan dulu dgn klip kertas |
|
cari titik tengah, lukis bulatan kipas |
|
lubang untuk kipas dah siap potong |
|
guna template untuk potong lubang suis, dan pasang suis |
|
kiri- tempat masuk wayar AC, fius dan tempat masuk kable LAN & dsl |
|
dari luar - soket fius dan lubang kabel LAN & DSL |
|
lug kabel untuk semua suis. wayar didedah sekitar 6mm |
|
oop.. terpanjang sikit kena potong lagi |
|
lug kabel untuk sambungan pembekal SMPS. Kabel di "crimp" dengan alat cable crimper. Sambungannya kuat, tidak perlu pateri lagi |
|
pendawaian siap. Dawai N ke terminal N SMPS, juga ke terminal lampu neon pada suis AC. Dawai bumi (hijau) ke terminal bumi SMPS . Dawai hidup ke fius, kemudia ke suis AC, kemudian baru ke terminal L SMPS. Ujikaji kipas secara terus
|
|
tunggu... pasang fius dulu |
Selepas ini, saya jalankan ujian sambungan dahulu.
1) ujian sambungan (continuity test) dari palam AC ke terminal dalam kotak - L ke L, N ke N, E ke E, dan seterusnya. Pastikan rintangan kurang dari 1 ohm
2) ujian litar pintas - pastikan tiada litar pintas, atau rintangan dalam julat megaohm untuk semua terminal-terminal L-N, L-E, N-E, juga untuk +12V ke 0V pada SMPS.
3) ujian suis - suis terbuka rintangan dalam julat megaohm, suis terpasang rintangan <1 ohm.
Setelah berpuas hati semuanya baik barulah saya sambungkan kuasa AC dan pasangkan suisnya.
|
YA! BERJAYA! Voltan SMPS 12.08V, kipas kelajuan tinggi, angin kuat |
|
lampu pada suis AC juga berfungsi |
Saya berhenti dulu di sini. Posting akan datang saya akan tunjukkan pembinaan panel LED, sinki haba untuk perintang kipas, dan pendawaian seterusnya.
No comments:
Post a Comment