Thursday, May 2, 2013

#6 Projek Integrasi: Analisa Arus Kipas dengan Perintang Bersiri

Kerja Projek Integrasi tertangguh sementara kerana saya tidak cukup perintang 2W untuk membuat ujian.  Hari ini saya pergi beli perintang 2W di Hondai bernilai 15 ohm, 20 ohm, 33 ohm, 43 ohm dan 68 ohm.  Setiap satu harganya 30 sen.

Berikutnya saya membuat ujian ke atas kipas Seada 12V 0.28A sekali lagi dengan perintang bersiri dan keputusannya boleh dicarta seperti di bawah.


Kita boleh lihat yang arus boleh dikurangkan ke 100 mA, namun kelajuan kipas adalah amatlah perlahan pada tahap ini.  Saya dapati perintang 33 ohm dan 43 ohm memberi kelajuan angin yang munasabah.  Saya juga dapati perintang menjadi agak panas, walaupun perintang 2W digunakan.  Sebagain contoh, untuk perintang 33ohm, pada voltan 12V, pelesapan kuasa (power dissipation) = I^2*R = 0.158^2 * 33 = 0.83W, ini masih kurang daripad 2W, namun perintang terasa amat panas.

Cara mudah untuk mengatasi masalah ini ialah pecahkan perintang kepada dua, sebagai contoh, gunakan perintang 15 ohm bersiri dengan 20 ohm.  Ini akan mengurangkan pelesapan kuasa untuk kedua-dua perintang dan menghasilkan haba yang kurang sedikit.  Mengikut perkiraan saya, menggunakan arus yang sama, perintang 15 ohm akan melesapkan 0.38W, manakala perintang 20 ohm akan melesapkan 0.5W.

Satu lagi cara ialah dengan meletakkan perintang di dalam arus angin untuk menyejukkannya.  Lebih baik lagi jika sinki haba (heat sink) juga digunakan untuk melesapkan lebih banyak haba yang terhasil.

Maka kedudukan Projek Integrasi sekarang adalah begini.  Saya akan gunakan 15 ohm bersiri dengan 20 ohm bersiri pula dengan kipas, supaya apabila 12Vdc dibekalkan, arus kipas sekitar 150mA dengan kelajuan angin dan tahap bunyi yang munasabah.  Keperluan bekalan kuasa telah berkurang iaitu 1.0A + 0.15A = 1.15A bermakna saya mempunyai margin rekabentuk yang lebih banyak jika menggunakan perintang bersiri.

Tugasan seterusnya:
1)  Rekabentuk luaran, dan bahan-bahan
2)  Antaramuka pengguna
3)  Faktor keselamatan - fius, dsb
4)  Litarajah akhir

Istilah baru hari ini:  pelesapan kuasa.  Hmm.. macam istilah politik pula (demam pilihanraya)...







No comments:

Post a Comment