Sunday, June 29, 2014

#16. Projek Al Quran Scroller Sempena Ramadhan 1435

Sempena Ramadhan 1435 saya ingin mengkhabarkan cara bagaimana kita boleh khatam Al Quran di dalam solah sepanjang Ramadhan ini.  Insya Allah, ilmu ini harap boleh dimanfaatkan.

Amat beruntunglah para huffaz yang di dalam hati dan mindanya sudah terpahat Al Quran, bisa dibaca bila-bila masa, lebih-lebih lagi di dalam solah.  Apakah mungkin kita yang hanya biasa-biasa ini boleh juga membaca surah-surah panjang, atau khatam Al Quran di dalam solah seperti mereka?  Kenapa tidak, dengan bantuan sedikit teknologi !

Apa yang diperlukan (saya andaikan system operasi Windows):
1.  Komputer riba (laptop)
2.  Perisian Al-Quran
3.  Tetikus nirkabel Gigibiru (Bluetooth wireless mouse - LOL)
4.  Perisian untuk merubah atau memeta arahan tetikus (mouse command remapper)

Secara umumnya, sebelum solah, letakkan laptop di depan sejadah.  Buka perisian Al Quran dan pergi ke surah yang ingin dibaca.  Lekatkan tetikus nirkabel di lengan kiri, supaya ketika qiyam, boleh menekan butang tetikus kiri dan kanan.  Butang tetikus kiri dan kanan dipinda arahannya untuk "gulung ke atas" (scroll up) dan "gulung ke bawah" (scroll down) menggunakan perisian tetikus tadi.  Di dalam solah, bacalah surah dari komputer riba, dan tekanlah butang tetikus untuk menggulung ke atas atau bawah mengikut keperluan.

Saya fikir perlu mengubah arahan tetikus untuk mengurangkan pergerakan jari dalam solah.  Pergerakan menekan adalah kurang daripada pergerakan menggulung (scrolling) menggunakan roda penggulung (scroll wheel) pada tetikus.  Saya akan tunjukkan cara yang saya telah uji, mungkin ada banyak cara lagi yang lebih bagus.  Jika ada sesiapa yang jumpa, harap boleh dikongsikan bersama.

Saya muat turun Al Quran mushaf Madinah daripada capaian ini.  Saya simpan fail pdf itu di Desktop supaya mudah dicari. Muat turun ini mengambil masa yang agak lama.  Setelah siap muat-turun saya buka fail pdf tadi.  Biasanya program yang akan membuka pdf ini ialah Acrobat Reader.


Seterusnya saya muat turun perisian "X-Mouse Button Control" di capaian ini.  Saya install perisian ini.


Cuma klik "Next" dan terima sahaja pengaturan sedia ada (default setting)


Klik "I Agree"

Klik "Next".  Proses install akan berjalan hingga selesai.


Klik "Finish" untuk menamatkan install, dan perisian akan membuka pelayar sesawang (web browser) untuk minta derma.  Saya abaikan sahaja.

Saya jalankan perisian X-Mouse dari start menu, seperti di bawah.


Pada mulanya, cuma ada pengaturan yang sedia ada (default setting).  Saya tambah pengaturan baru untuk Acrobat Reader.  Tekan butang "Add".  X-Mouse akan menyenaraikan semua proses perisian yang sedang berjalan.

Saya akan pilih Acrobat Reader kerana saya mahu mengubah fungsi tetikus untuk tetingkap itu sahaja.  Saya klik pada acrord32.exe, iaitu proses untuk perisian Acrobat Reader yang sedang melampirkan Al Quran tadi.

Kotak "Application" akan terisi dengan acrord32.exe.  Jangan klik OK lagi.  Sebaliknya, klik butang "Specific window".

Sekarang saya ada pilihan untuk memilih tetingkap Acrobat Reader yang memaparkan Al Quran tadi.  Saya seret (drag) icon dari tetingkap "Find Window" ini ke tetingkap Acrobat Reader.  Pastikan icon itu diseret ke ruang halaman Al Quran, dan bukan pada menu Acrobat Reader atau tempat lain dalam tetingkap Acrobat Reader.

 Dengan otomatis kotak2 lain akan terisi seperti di bawah.


Barulah saya klik "OK".


Sekarang, sudah ada satu tambahan, iaitu applikasi Acrobat Reader, yang saya boleh ubah fungsi tetikusnya.  Apa-apa perubahan saya perlu memberi definisi baru di senarai sebelah kanan.

Mula-mula saya ubah Left Button, saya pilih "Mouse wheel up".


Kemudian, untuk Right Button, saya pilih "Mouse Wheel Down".


Dua perubahan ini sudah memadai untuk menggulung tetingkap Al Quran ke atas dan ke bawah.  Berikut ialah paparan terakhir pengaturan X-Mouse setelah kesemua langkah di atas, sebagai rujukan terakhir.


Saya klik "Apply" untuk mengaktifkan perubahan fungsi ini.

Sekarang, saya uji.  Saya pergi ke tetingkap Acrobat Reader untuk memastikan fungsinya benar-benar berubah.  Perubahan ini boleh dibatalkan dengan membuang tanda semak (check mark - LOL) di sebelah acrord32.exe pada bila-bila masa.  Buat masa ini, biarkan tanda semak (check mark) itu di situ.  Perisian X-Mouse sekarang bolehlah ditutup (klik butang "Close"), namun perubahan pada tetingkap Acrobat Reader sepatutnya kekal aktif.

Seterusnya saya menyesuaikan paparan Al-Quran di dalam tetingkap Acrobat Reader, supaya senang dibaca ketika qiyam.  Saya perbesar (zoom) hingga memuatkan lebar halaman sepenuhnya (page width).

Saya lekatkan pita masking di atas sensor bawah tetikus, supaya penunjuk tetikus (mouse pointer) tidak bergerak.  Untuk kesemua gerakan  penunjuk tetikus saya gunakan bantalan sesentuh (touch pad - LOL) pada komputer riba.  Saya pastikan penunjuk tetikus diaktifkan pada halaman Al-Quran di Acrobat Reader.  Kemudian, saya pastikan yang penunjuk tetikus tidak boleh digerakkan melalui tetikus nirkabel,  juga gulungan ke atas, dan gulungan ke bawah masih boleh dilakukan melalui tetikus nirkabel.  Saya cuma perlu lekatkan tetikus ke lengan saya, dan sudah sedia untuk solah.

Saya akui terdapat sedikit kekurangan:

  1. Lari daripada sunnah.  Ketika qiyam membaca surah, kita memandang kepada komputer riba, bukan tempat sujud.  Solusi kepada kekurangan ini mungkin boleh dicapai di masa hadapan melalui teknologi seperti Google Glass.  
  2. Terdapat sedikit pergerakan jari, namun amat kurang berbanding menggulung menggunakan roda menggulung. (aduhai bahasaku!)
  3. Tetikus yang bersaiz besar dan terasa berat (kerana mengandungi bateri), di lekatkan di lengan, mungkin mengganggu sesetengah orang.   Saya yakin ini boleh dikecilkan dan diringankan dengan cara mengasingkan butang-butang tetikus dari badan tetikus.  Dua butang tersebut boleh di lekatkan pada satu tali pengikat (strap) dan dipakai seperti jam, dan seutas wayar panjang yang akan pergi ke badan tetikus yang disimpan di dalam poket baju, contohnya.

Begitulah caranya, dengan sedikit usaha bolehlah kita yang hanya biasa-biasa ini merasai, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, khatam Al-Quran di dalam solah.  Moga-moga dapat dimanfaatkan teknologi ini.


Istilah kelakar untuk kali ini:
Gigibiru - Bluetooth (saja melawak)
tetikus - mouse
tetingkap - window
nirkabel - wireless
menggulung - scroll
seret - drag
pengaturan - setting
roda menggulung - scroll wheel
tanda semak - check mark
bantalan sesentuh - touch pad
perbesar - zoom
pelayar sesawang - web browser

Saya pening dan beberapa kali hampir menapak muka (face palm - LOL) memikirkan semua istilah komputer ini, mujur ada sedikit rujukan di sini (Indonesia) dan sini (DBP).

No comments:

Post a Comment