Saturday, May 31, 2014

#14 Projek Kuda-kuda (Sawhorse)

Projek ini sebenarnya sudah lama siap, sekarang baru nak catit untuk berkongsi pengalaman.

Penyataan Masalah
Kenapa saya nak buat kuda-kuda?  Ada beberapa sebab

  1. Tanpa kuda-kuda, agak kekok untuk memotong kayu yang panjang.  Sebelum ini saya gunakan kerusi untuk menyokong kayu.  Seringkali kayu yang dipotong tidak kemas ("not square") kerana terjongket.  Siapa yang pernah guna gergaji "miter" akan tahu masalah ini.
  2. Kuda-kuda akan memudahkan menyokong plywood ketika dipotong
  3. Membolehkan kerja dengan lebih selesa di paras pinggang berbanding paras lantai (sakit belakang!)
  4. Dua kuda-kuda + plywood atau daun pintu terbuang = workbench sementara


Rekacipta
Saya adaptasikan daripada video "Woodworking for Mere Mortals".
Secara ringkasnya, potong kayu dengan sudut 22.5 darjah and 45 darjah untuk buat "A-frame".
Saya gunakan kayu yang murah dan senang didapati di pasaran tempatan, iaitu kayu 45mm x 20mm, dan bukan "two by fours" seperti di dalam video.  Oleh sebab kayu ini sedikit "keding" berbanding "two by fours", perlu untuk sedikit tambahan supaya struktur akhir lebih kukuh.

Ketinggian akhir kuda-kuda saya pilih untuk sama tinggi dengan permukaan gergaji miter di atas workbench yang saya ada.  Dengan ini, saya dapat menyokong kayu sama aras dan tak terjongket ke sana sini.
Pengiraan semuanya saya gunakan pengira trigonometri di sini.
Perlu buat dua kuda-kuda.  Satu tak cukup ya, tak boleh nak sokong plywood nanti.

Bahan
Kayu 25mm x 20mm
Skru philips countersink head No 6 & No 8, pelbagai panjang

Peralatan
Gergaji Miter
Penyepit (clamp)
Sesiku
Pemutar skru
Gerudi kuasa
dan macam-macam lagi

Pembuatan
Proses pembuatan tidak begitu rumit.  Semuanya dibuat mengikuti turutan seperti di dalam video.  Cuma di akhirnya, saya tambah kayu silang 45 darjah yang akan mengukuhkan kuda-kuda.

Hasil
Tadaaa...  Inilah dia satu daripada dua kuda-kuda yang telah siap.

A-frame x2 + 2 horizontal + 1 diagonal

Skru ke dalam sikit supaya tak mengatasi permukaan atas

sambungan sebelah bawah A-frame

kegunaan utama:  sokongan ketika memotong kayu panjang

Saya tidak mengecat kuda-kuda ini, cuma membuat pemasiran (sanding) sedikit sahaja.

Setakat ini nukilan untuk kali ini.





No comments:

Post a Comment