Tuesday, July 15, 2014

#18. Projek Cat Outhouse

Apa bendenya cat outhouse tu?  Jamban kucing la oi.  Sorry ek kali ni bahasa non baku, saje nak lain sket.  (heheh, sebenarnya malas nak pikir istilah).

Apa dia masalahnya?  Ni dia.



Cat litter box.  Tempat pasir kucing tu lah.  Tempat kucing pee-pee & poo-poo.  La ni nak letak kucing kat airwell area ni, so kira jadi kandang kucing la ni.  Tapinya, terdedah, kena hujan habis jadi lumpur pasir tu, kena buang ganti baru.   Eerrhh..  bukannya free.  So, kena cover, selama ni pakai sekeping plywood jer.. Takkan biar gitu jer ock?  Tak glemer la kucing aku.

So, apa solution nya?  Letak bumbung.  Macam jamban la kira.  Design dia kira lebihkurang macam buat meja.  Tapi table top nya tak lekat penuh.  Letak engsel.  Boleh angkat atau senget sikit.  Orait, mari tengok mcmana nak buat.

Mula2 potong kayu.  Kayu murah lagi, yg lebih projek2 lama.  Cross section 42 x 20 mm, panjang berbagai-bagai.  Ha ni setup potong kayu.  Guna miter saw & kuda2.




Kali ni lain sket, letak vacuum.  Semua pakai manual jer.  Pasang vacuum, potong, tutup vacuum.  Pasang vacuum, potong, tutup vacuum.   Errgghh berapa kali nak buat huh?   Hmm, tapi macam bagus gak la, tak banyak sgt habuk.  Cuma kena cari cara nak auto kan.  Camner yek?  Hmmm mungkin projek lain ni.

Ni kayu dah potong.



Kayu ni masaalah sikit.  Tak berapa "square" sisi dia.  Ada yang bengkok.  Klu nak kualiti kau-kau punya, kene guna "jointer"" ni.  Tapi nak buat jamban kan.  Cincai jer sudah lerrr...  Dah tu, try susun tengok ok ke tak..



Macam ok jer.  So, continue sambung.  Nak sambung ni, pakai pocket hole joinery.  Kreg jig lah tu.  Setup macam ni.


Support dgn kuda2 x2, plywood.  Letak ler kreg jig atas tu, & sambung vacuum lagi.  Hmm ni first time tunjuk dua kuda2.  Memang berjasa kuda2 ni.  Dulu pernah blog kat sini fasal kuda2 ni.

Ni setup lagi.


Memang power lah letak vacuum very the little habuk dia.  Cumanya nak sambung hose tu susah sikit.. try pvc pipe pun tak betul saiz.  Tu yang nampak pvc pipe kat situ.  Last2 cocok jer kat kreg jig tu.. Asyik tercabut jer, tp boleh ler jugak..

Ni tgh setup nak tebuk pocket hole.


Tebuk punya tebuk, lupa ambik gambar.  Aiseh.  Dah semua tebuk, sambung pulak.


Pakai skru biasa jer.  Skru flat heat No. 6, 1-1/4" dengan washer.  Takkan nak pakai skru cop Kreg yang mahal giler tu nak buat jamban kucing, tunggu projek lain lar.  Juga pakai glue murah, Elmer's Carpenter's Wood Glue.


Try maintain square masa sambung, tapi tak square jugak.. Haisshhh!!

Banyak masaalah dgn kayu yang tak square.  Juga dengan skru yang macam tumpul jer.. Macam fail lah.. Gap, kayu pecah, macam-macam.. Nasib baik jamban jer...



Sambung bahagian tepi dulu.  kemudian baru cantum kat atas.  Last2 siap la camni.


Sekarang kena sambung engsel.  Try dulu dgn kayu lama, tengok camna caranya.  Gitu gini, buat jer camni.  Kena make sure engsel flush dgn frame, sebab nanti nak cantum plywood kat atas tu.



Dah sambung engsel, try letak plywood kat atas..  Hmm besar lah pulak.. Kena potong plywood ni sikit.


Nak kena pakai circular saw, so kena tukar setup.  Letak alas plywood besar sikit.  Then lapik dgn styrofoam support.  Baru letak plywood yg nak potong tadi.   Ukur dua tiga kali, letak fence berbagai, baru ready nak potong.



Hmm.. check dulu circular saw cutting depth.


Pakai teknik ni sebab paling takut giler guna circular saw ni.  Oh jangan lupa pakai ear & eye protection.


Potoooonnnggg... Lepas tu try balik.


Heheh.. nampak macam meja je.  Saiz bumbung dah ok, sambung engsel.



Hmm tengok tu... Kucing tak sabar dah nak tengok jamban baru dia.  Sabar mayau, sabar.
Pusing terbalik, test tengok.. Engsel ok ker tak.


Hmm macam ok jer..  Nak siap dah ni.  Sekarang, kena sendal bumbung ni supaya senget, kalau hujan air tak bertakung.  Try dulu nak sendeng banyak mana.


Hmm OK jer cam ni..  Ukur.  a=59mm, b=435mm.  tan Ɵ = 59/435, Ɵ = 7.7 deg, semua kat sini.
So, potong kayu sendal miter sebanyak 8 degree lebih kurang.  Sebab kayu sendal ni nak buat retractable, kena potong sikit kat corner tu supaya boleh pusing.



Drill pilot hole, lepas tu install kat frame tadi.  Lekatkan belakang frame sebelah depan.  Drive skru sampai tempus kayu sendah saja dulu, jgn sambung ke frame lagi.  Test boleh pusing 90 deg ke tak.  Bila dah test ok, baru clamp dan drive skru sambung terus ke frame.



Hmm lepas tu test lah.. boleh pusing ke tak


LOL lawak gak animated gif ni.  Dah ok yang ni, buat yang sebelah lagi.  Kemudian, sendal jer.


Check angle 8 degrees tadi, betul ke tak betul


Hmm.. Lebihkurang lah tu.  So ok lah... dah siap lah jamban kucing with retractable sendal.


Letak kat tempat litter box.


Maintainance mode

Customer satisfaction??  Ada glemer sikit ke kucing aku?  Meter kacak berapa?


OK tangguh sini dulu.  Nanti-nanti lah baru buat finishing.. rasanya nak sapu cat jer.. Kalau rajin mungkin buat wall bagi kuching privacy sikit.. heheee...

Sekian Projek Cat Outhouse

Monday, June 30, 2014

#17. DIY Faux Stainless Steel Backsplash

A quick one.  DIY stove backsplash.  Client bought gas cheap stove and metal table to put the stove on.  The wall behind the stove consists of two parts, a wall section, and an open section with iron grille.  The wall need to be protected in some way, and the open section need to be covered up to keep out rain and wind.  An "industrial" stainless steel look is desired, however, stainless steel is expensive.  Cheaper galvanized zinc sheets can be an alternative.  How long they last with constant exposure to heat and cooking coil and cleaning is unknown.

Materials needed:

  1. Galvanized zinc sheet/foil - 3ft x 8ft roll costs RM23
  2. Screws to fix to the wall
  3. Foil/ flashing tape
  4. Backer board for the top part - used free throw away plastic signboard

First, the foil was cut off site into two pieces measureing 3ft x 4ft each.
Then, off to the site!
Here's the worksite.  Pushed the stove and table out of the way, put one of the cut pieces to get approximate location.

There's about 65cm ledge above the wall before the iron grill starts, so this has to be covered too.  Some bending of the foil will be needed.


Holes drilled on the foil, then screwed into place on the ledge first, then all around to the wall.  The bending part was difficult and kind of sloppy.


Then the edges were taped with foil tape all around

For the upper part I didn't take the progress pics.  I cut a piece of old plastic signboard to size, put the foil on it, and just taped around.  This was then put up on the ledge.




 Holes were drilled at various spots, and tie wire used to secure to the iron grille.



The final pic is below.


All in all about half a day's worth of effort.  Not bad!
If I were to do this again, I would use a backer board for the bottom part too, and somehow pre-bend it before installation.  And there it is, a DIY faux stainless steel backsplash.






Sunday, June 29, 2014

#16. Projek Al Quran Scroller Sempena Ramadhan 1435

Sempena Ramadhan 1435 saya ingin mengkhabarkan cara bagaimana kita boleh khatam Al Quran di dalam solah sepanjang Ramadhan ini.  Insya Allah, ilmu ini harap boleh dimanfaatkan.

Amat beruntunglah para huffaz yang di dalam hati dan mindanya sudah terpahat Al Quran, bisa dibaca bila-bila masa, lebih-lebih lagi di dalam solah.  Apakah mungkin kita yang hanya biasa-biasa ini boleh juga membaca surah-surah panjang, atau khatam Al Quran di dalam solah seperti mereka?  Kenapa tidak, dengan bantuan sedikit teknologi !

Apa yang diperlukan (saya andaikan system operasi Windows):
1.  Komputer riba (laptop)
2.  Perisian Al-Quran
3.  Tetikus nirkabel Gigibiru (Bluetooth wireless mouse - LOL)
4.  Perisian untuk merubah atau memeta arahan tetikus (mouse command remapper)

Secara umumnya, sebelum solah, letakkan laptop di depan sejadah.  Buka perisian Al Quran dan pergi ke surah yang ingin dibaca.  Lekatkan tetikus nirkabel di lengan kiri, supaya ketika qiyam, boleh menekan butang tetikus kiri dan kanan.  Butang tetikus kiri dan kanan dipinda arahannya untuk "gulung ke atas" (scroll up) dan "gulung ke bawah" (scroll down) menggunakan perisian tetikus tadi.  Di dalam solah, bacalah surah dari komputer riba, dan tekanlah butang tetikus untuk menggulung ke atas atau bawah mengikut keperluan.

Saya fikir perlu mengubah arahan tetikus untuk mengurangkan pergerakan jari dalam solah.  Pergerakan menekan adalah kurang daripada pergerakan menggulung (scrolling) menggunakan roda penggulung (scroll wheel) pada tetikus.  Saya akan tunjukkan cara yang saya telah uji, mungkin ada banyak cara lagi yang lebih bagus.  Jika ada sesiapa yang jumpa, harap boleh dikongsikan bersama.

Saya muat turun Al Quran mushaf Madinah daripada capaian ini.  Saya simpan fail pdf itu di Desktop supaya mudah dicari. Muat turun ini mengambil masa yang agak lama.  Setelah siap muat-turun saya buka fail pdf tadi.  Biasanya program yang akan membuka pdf ini ialah Acrobat Reader.


Seterusnya saya muat turun perisian "X-Mouse Button Control" di capaian ini.  Saya install perisian ini.


Cuma klik "Next" dan terima sahaja pengaturan sedia ada (default setting)


Klik "I Agree"

Klik "Next".  Proses install akan berjalan hingga selesai.


Klik "Finish" untuk menamatkan install, dan perisian akan membuka pelayar sesawang (web browser) untuk minta derma.  Saya abaikan sahaja.

Saya jalankan perisian X-Mouse dari start menu, seperti di bawah.


Pada mulanya, cuma ada pengaturan yang sedia ada (default setting).  Saya tambah pengaturan baru untuk Acrobat Reader.  Tekan butang "Add".  X-Mouse akan menyenaraikan semua proses perisian yang sedang berjalan.

Saya akan pilih Acrobat Reader kerana saya mahu mengubah fungsi tetikus untuk tetingkap itu sahaja.  Saya klik pada acrord32.exe, iaitu proses untuk perisian Acrobat Reader yang sedang melampirkan Al Quran tadi.

Kotak "Application" akan terisi dengan acrord32.exe.  Jangan klik OK lagi.  Sebaliknya, klik butang "Specific window".

Sekarang saya ada pilihan untuk memilih tetingkap Acrobat Reader yang memaparkan Al Quran tadi.  Saya seret (drag) icon dari tetingkap "Find Window" ini ke tetingkap Acrobat Reader.  Pastikan icon itu diseret ke ruang halaman Al Quran, dan bukan pada menu Acrobat Reader atau tempat lain dalam tetingkap Acrobat Reader.

 Dengan otomatis kotak2 lain akan terisi seperti di bawah.


Barulah saya klik "OK".


Sekarang, sudah ada satu tambahan, iaitu applikasi Acrobat Reader, yang saya boleh ubah fungsi tetikusnya.  Apa-apa perubahan saya perlu memberi definisi baru di senarai sebelah kanan.

Mula-mula saya ubah Left Button, saya pilih "Mouse wheel up".


Kemudian, untuk Right Button, saya pilih "Mouse Wheel Down".


Dua perubahan ini sudah memadai untuk menggulung tetingkap Al Quran ke atas dan ke bawah.  Berikut ialah paparan terakhir pengaturan X-Mouse setelah kesemua langkah di atas, sebagai rujukan terakhir.


Saya klik "Apply" untuk mengaktifkan perubahan fungsi ini.

Sekarang, saya uji.  Saya pergi ke tetingkap Acrobat Reader untuk memastikan fungsinya benar-benar berubah.  Perubahan ini boleh dibatalkan dengan membuang tanda semak (check mark - LOL) di sebelah acrord32.exe pada bila-bila masa.  Buat masa ini, biarkan tanda semak (check mark) itu di situ.  Perisian X-Mouse sekarang bolehlah ditutup (klik butang "Close"), namun perubahan pada tetingkap Acrobat Reader sepatutnya kekal aktif.

Seterusnya saya menyesuaikan paparan Al-Quran di dalam tetingkap Acrobat Reader, supaya senang dibaca ketika qiyam.  Saya perbesar (zoom) hingga memuatkan lebar halaman sepenuhnya (page width).

Saya lekatkan pita masking di atas sensor bawah tetikus, supaya penunjuk tetikus (mouse pointer) tidak bergerak.  Untuk kesemua gerakan  penunjuk tetikus saya gunakan bantalan sesentuh (touch pad - LOL) pada komputer riba.  Saya pastikan penunjuk tetikus diaktifkan pada halaman Al-Quran di Acrobat Reader.  Kemudian, saya pastikan yang penunjuk tetikus tidak boleh digerakkan melalui tetikus nirkabel,  juga gulungan ke atas, dan gulungan ke bawah masih boleh dilakukan melalui tetikus nirkabel.  Saya cuma perlu lekatkan tetikus ke lengan saya, dan sudah sedia untuk solah.

Saya akui terdapat sedikit kekurangan:

  1. Lari daripada sunnah.  Ketika qiyam membaca surah, kita memandang kepada komputer riba, bukan tempat sujud.  Solusi kepada kekurangan ini mungkin boleh dicapai di masa hadapan melalui teknologi seperti Google Glass.  
  2. Terdapat sedikit pergerakan jari, namun amat kurang berbanding menggulung menggunakan roda menggulung. (aduhai bahasaku!)
  3. Tetikus yang bersaiz besar dan terasa berat (kerana mengandungi bateri), di lekatkan di lengan, mungkin mengganggu sesetengah orang.   Saya yakin ini boleh dikecilkan dan diringankan dengan cara mengasingkan butang-butang tetikus dari badan tetikus.  Dua butang tersebut boleh di lekatkan pada satu tali pengikat (strap) dan dipakai seperti jam, dan seutas wayar panjang yang akan pergi ke badan tetikus yang disimpan di dalam poket baju, contohnya.

Begitulah caranya, dengan sedikit usaha bolehlah kita yang hanya biasa-biasa ini merasai, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, khatam Al-Quran di dalam solah.  Moga-moga dapat dimanfaatkan teknologi ini.


Istilah kelakar untuk kali ini:
Gigibiru - Bluetooth (saja melawak)
tetikus - mouse
tetingkap - window
nirkabel - wireless
menggulung - scroll
seret - drag
pengaturan - setting
roda menggulung - scroll wheel
tanda semak - check mark
bantalan sesentuh - touch pad
perbesar - zoom
pelayar sesawang - web browser

Saya pening dan beberapa kali hampir menapak muka (face palm - LOL) memikirkan semua istilah komputer ini, mujur ada sedikit rujukan di sini (Indonesia) dan sini (DBP).