Tuesday, April 30, 2013

#2. Projek Integrasi: Penyataan Masalah

Saya akan buat posting dalam Bahasa Melayu berselang seli dengan Bahasa Inggeris.
Tujuannya ialah untuk kebaikan bersama, baik untuk saya yang sudah jarang sekali menulis dalam Bahasa Melayu, dan juga baik untuk pembaca-pembaca Melayu yang harapnya akan mendapat manafaat daripada posting saya.

Sesuatu yang ingin saya maklumkan ialah dalam penggunaan istilah-istilah teknikal, saya akan berusaha menggunakan dalam Bahasa Melayu di mana mampu.  Namun, sekiranya saya malas, buntu, atau istilah tersebut terlalu meloyakan, saya akan menggunakan semula istilah teknikal Bahasa Inggeris.

Untuk posting kali ini, saya mengemukakan Pernyataan Masalah (Problem Statement).  Dalam proses rekacipta, pernyataan masalah merupakan langkah pertama.  Apakah masalah yang dihadapi?  Langkah ini akan membantu kita mengutarakan objektif projek, dan seterusnya jalan penyelesaian.

Ini masalah saya.


Saya mempunyai modem ADSL yang disambung kepada wireless router.  Kedua-duanya disejukkan oleh kipas yang menggunakan kuasa dari port USB monitor.   Ada 6 wayar kesemuanya - kabel telefon untuk sambungan DSL, kabel ethernet (2x), kabel DC9V, Kabel DC12V, kabel USB untuk kipas.  Jika kipas tidak berjalan, modem dan wireless router akan menjadi panas berlebihan (overheat), menyebabkan gangguan kepada sambungan internet.

Masalah saya, integrasi kesemua peranti-peranti ini amatlah menyakitkan mata.  Saya tidak boleh menutup monitor kerana perlukan kuasa daripada port USB untuk kipas, ini membazirkan elektrik.

Maka, projek mini yang pertama ini akan mengintegrasikan kesemuanya dengan kemas dan praktikal.

Demikianlah adanya.

Perkataan baru untuk saya pada hari ini:  peranti (device)  :)







No comments:

Post a Comment