Sunday, December 29, 2013

#10 Projek Meja: Asas meja

Saya mulakan projek baru untuk seorang client penting.  Projek ini ialah pembuatan kaki meja.  Client sudah ada permukaan meja yang dikitar semula dari tempat pembuangan, masih elok, namun kakinya sudah rosak and tidak boleh digunakan.  Maka, perlu dibuat kakinya dan disambung kepada permukaan meja.

Saiz permukaan meja adalah 1800mm x740mm x 25mm.


Berikut bahan2 yang akan digunakan
     Kayu berkeratan rentas 20mm x 45mm - 8 kaki x 6 batang
     Kayu berkeratan rentas 10mm x 45mm. - 8 kaki x 2 batang
     Skru philips countersunk head 1", 1.5" dan 1.75"

Harga bahan semua RM82.

Berikut adalah alat2 yang akan digunakan.
     Mitre saw
     Drill
     Pita pengukur
     Siku-siku
     Clamp
     Marking pen

Kayu yang sudah diketam.  Masih boleh dilicinkan dengan kertas pasir atau mesin sander jika perlu.  Saya beli lebih sedikit untuk marjin rekabentuk, takut jika tersilap buat.

Ini hardware yang diguna.  Tiada paku.  Semua skru.  Untuk lebih kuat, juga guna L-bracket.

Kayu setelah dipotong dan disusun mengikut bahagian.  Dua bahagian tepi akan disambung dahulu.  Kemudian, dua bahagian tepi yang sudah siap akan disambung menggunakan tiga kayu lagi.

Sudah siap disambung.  Boleh tahan juga.  Ada sedikit goyang, ini boleh dikurangkan dengan "corner braces" di setiap penjuru.  Saya fikir tidak perlu, kerana goyang mungkin hilang bila disambung pada permukaan meja.

Tugas seterusnya:

1.  Saya masih perlu potong kayu untuk tiga kayu melintang, ini akan digunakan untuk tempat skru ke permukaan meja nanti.  Ini juga akan menguatkan meja ini lagi.

2.  Saya juga perlu "route" kayu panjang di bahagian bawah, supaya ada sedikit "bevel".  Sudah tentu kayu ini nanti tempat persinggahan kaki-kaki orang yang duduk di meja ini.  Dalam percubaan tadi saya rasa kayu itu sedikit tajam.

3.  Finishing - masih belum membuat keputusan.  Mungkin cat kilat, atau mungkin shellac.

4.  Lapik felt untuk kaki meja supaya lantai tidak calar.

5.  Installation di tempat client.

OK itu sahaja untuk kali ini.

Saturday, December 28, 2013

#9 Projek Integrasi : Final Entry - Mothballed

After some effort in building, the ultimate end was: my ADSL modem went kaput.  So I had to buy a new one, and I decided to get a modem+router in one.  Therefore, this project is no longer required.

FINAL STATUS:  MOTHBALLED